BALIK PULAU, 1 Mac (Bernama) -- Tiada pembinaan hospital baharu bakal dibina di kawasan Balik Pulau, sebaliknya usaha menaik taraf Jabatan Kecemasan, Makmal dan Forensik sedang dilaksanakan di hospital berkenaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata menerusi rancangan Kementerian Kesihatan terdapat beberapa fasa untuk menaik taraf Hospital Balik Pulau tersebut.
"Fasa pertama adalah untuk menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Jabatan Onkologi serta Forensik yang sedang berlangsung sekarang ini di kawasan yang terdapat di belakang hospital ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hospital Kluster Pulau di hospital Balik Pulau di sini hari ini.
Dr Dzulkefly berkata pembinaan hospital baharu Balik Pulau itu sebenarnya adalah janji sahaja daripada seorang ahli politik kerajaan terdahulu dan tidak pernah tersenarai dalam rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).
Sebelum ini bekas Timbalan Menteri Kesihatan yang juga bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan pernah menyatakan hasrat untuk membina sebuah hospital baharu yang mempunyai 300 katil bagi memberi perkhidmatan kepada lebih 310,000 penduduk di sekitar daerah Barat Daya.
Dr Dzulkefly berkata konsep hospital kluster yang diperkenalkan hari ini mampu memberikan manfaat kepada penduduk Balik Pulau kerana berpeluang menikmati segala kepakaran dan keperluan yang terdapat di Hospital Pulau Pinang.
"Ia merupakan satu konsep yang sangat bijak yang akan mengizinkan segala kepakaran yang ada di anchor hospital (Hospital Pulau Pinang) membantu hospital yang tidak berpakar seperti hospital Balik Pulau ini. Perkongsian pakar serta fasiliti dan dalam bidang yang tidak ada di hospital tidak berpakar ini dibantu oleh pakar-pakar di anchor hospital itu," katanya.
Beliau berkata projek rintis hospital kluster telah mula dilaksanakan sejak tahun 2014 di tiga negeri iaitu Pahang, Melaka dan Sabah, sebelum kementerian memperluas inisiatif itu dua tahun kemudian dengan menyasarkan pelaksanaan tiga hospital kluster baharu setiap tahun.
“Sehingga kini terdapat 25 kluster termasuk hospital kluster pulau. Kesemua kluster ini melibatkan 88 buah hospital terlibat di seluruh negara. Ini merupakan satu pencapaian yang cukup memberangsangkan," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN