KOTA BHARU, 2 Mac (Bernama) -- Fenomena cuaca panas yang melanda beberapa negeri turut dirasai di Kelantan sehingga memaksa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.
Tinjauan Bernama d sekitar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa mendapati aktiviti membeli-belah pada hujung minggu tidak serancak dahulu di mana orang ramai mengelak daripada terdedah kapada bahang cuaca panas dan lebih banyak berada di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari.
Seorang pembantu kedai sebuah restoran di sini, Aliah Ismail, 23, berkata kebanyakan pelanggan yang datang pada siang hari keluar dari kenderaan berhampiran dengan restoran untuk mengelak bahang cuaca panas.
Katanya, sebahagian besar pelanggan tetap restoran itu turut mengubah masa makan daripada waktu siang kepada waktu malam hanya bagi mengelak cuaca panas walaupun restoran itu memasang penyaman udara.
“Pelanggan juga lebih suka memesan makanan yang kurang berminyak dan lemak,” katanya.
Pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang hanya mahu dikenali sebagai Fendi, 49, ketika ditemui berkata beliau dan rakan-rakan akan cuba menyelesaikan kerja-kerja pembersihan kawasan sebelum jam 11 pagi.
“Kalau perlu melakukan kerja tengah hari, saya akan memakai tuala basah di leher supaya lebih selesa dan mengurangkan kesan haba,” katanya.
Seorang tukang rumah di Kampung KADA, Faizal Muhammad, 31, berkata cuaca panas menyebabkan beliau menyesuaikan kerja-kerja menukang mengikut masa.
“Untuk memasang bumbung, biasanya kita akan buat pada awal pagi, manakala kerja-kerja memasang lantai dibuat semasa tengah hari sebab ketika itu, kita boleh berlindung di bawah bumbung yang sudah terpasang,” katanya.
Nelayan pantai, Mohd Seri Mat Awin, 49, dari Teluk Renjuna berkata cuaca panas dan kering sekarang memberi ruang kepada beliau dan rakan-rakan nelayan lain menangkap ikan walaupun musim tengkujuh masih belum berakhir.
Beliau yang keluar memancing ikan gelama sejak pukul 2 petang berkata, isterinya membekalkan air minuman lebih banyak dari biasa bagi mengelak badan kekurangan air dan seterusnya boleh terdedah kepada serangan strok haba.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN