Dr Lee Boon Chye (Gambar fail)
IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Persatuan-persatuan yang terlibat dalam e-Sports disaran menggubal atau mewujudkan peraturan sebagai antara langkah menggelak serta mencegah masalah kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan mereka yang terlibat.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kewujudan peraturan tersebut juga secara tidak langsung dapat mengawal permainan e-Sports itu.
“Lebih baik seperti mana acara sukan lain (persatuan berkenaan) membuat peraturan sendiri daripada kerajaan yang buat.
“Seperti Persatuan Badminton Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia yang merangka sendiri peraturan sukan itu,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menjadi panel pada hari terakhir Persidangan Industri Profesional e-Sports (EPIC) 2019 bertemakan ‘More Than Gaming’ di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru di sini hari ini.
Selain itu, Dr Lee berkata persatuan-persatuan berkenaan perlu mewujudkan ujian anti-doping kepada penggemar sukan e-Sports selain menyekat tempoh bermain satu permainan tidak melebihi daripada dua jam.
“Tidak cukup ujian anti doping, perlu ada sekatan tempoh permainan bagi menyediakan keadaan yang selesa selain menjaga kesihatan mereka.
“Begitu juga daripada segi kemudahan, tempat duduk yang tidak sesuai boleh menjejaskan tulang belakang. Ini semua harus diteliti oleh industri e-Sports,” katanya.
Beliau berkata bagaimanapun kerajaan akan sentiasa memantau dan meneliti permainan e-Sports sekiranya ia memberikan impak kesihatan fizikal dan mental kepada penggemar sukan berkenaan.
“Setakat ini kita tiada ‘time-frame’ dikenakan kepada persatuan itu untuk menggubal peraturan berkenaan namun bagi pihak kementerian, kita akan menjalankan pemantauan kesan permainan kepada pemain-pemain,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN