KANGAR, 4 Mac (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Perlis menasihatkan orang ramai terutama yang berpenyakit dan alah pada suhu panas, supaya mengelak mendedahkan diri pada cuaca panas bagi mengelak terkena strok haba pada musim panas ini.
Pengarahnya, Dr Sirajuddin Hashim berkata mereka yang melakukan kerja-kerja di bawah panas matahari pula, hendaklah mendapatkan rehat lebih kerap, memakai pakaian nipis serta topi dan minum air yang banyak bagi mengelak dari terkena nyahhidrat.
“Mereka yang mengalami penyakit seperti jangkitan paru-paru, sawan, gejala demam dan asma hendaklah lebih sensitif dan menghadkan aktiviti luar rumah, selain segera mendapatkan rawatan jika keadaan bertambah teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Dr Sirajuddin berkata walaupun tiada kes kematian akibat strok haba dilaporkan berlaku di Perlis namun orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Semalam, seorang petani, Alif Rezman Azhar, 21, dilaporkan maut akibat sawan ketika membajak sawah di Kampung Pida 2, Manggol Bonggor dekat Kodiang, Kedah, kira-kira pukul 11.30 pagi.
Sementara itu, pengarah Jabatan Metereologi Perlis, Mohd Saharudi Saad yang dihubungi berkata Stesen Meteorologi Chuping mencatatkan bacaan suhu paling tinggi 36.8 darjah celsius pada 8 dan 22 Februari lepas dan semalam 36.2 celcius.
Jabatan Metereologi Malaysia pada 25 Feb lepas memaklumkan Malaysia sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung bulan ini.
“Dalam tempoh itu tiada hujan atau taburan hujan yang rendah dalam tempoh lama boleh menyebabkan keadaan cuaca menjadi panas,” kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN