Tiga mangsa difteria stabil, tiada kes baharu



JOHOR BAHRU, 4 Mac (Bernama) -- Tiga mangsa difteria di negeri ini kini dalam keadaan stabil, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Selahuddeen Abd Aziz.

Beliau berkata tiada kes baharu dilaporkan dan ketiga-tiga mangsa yang diumumkan positif difteria semalam mempunyai kontak dengan kanak-kanak yang maut disyaki akibat difteria.

“Semua kes ini yang masuk semasa awal dulu, seperti tempoh hari, cuma diumumkan semalam selepas ujian pengesahan positif,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan difteria di negeri ini masih terkawal dan menyeru ibu bapa agar sentiasa memastikan anak-anak mereka mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiga lagi kes difteria dikesan di negeri ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan  berkata kes masing-masing melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia empat tahun serta remaja perempuan berusia 15 tahun.

Katanya, kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Feb lepas dan kesemua mereka yang dijangkiti tinggal di rumah yang sama.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018