GEORGE TOWN, 4 Mac (Bernama) -- Antara cabaran utama dalam melatih pengamal perubatan ialah melahirkan doktor dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan bagi menjalankan tugas pada tahap kompetensi yang dituntut.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata amat penting untuk dipastikan latihan perubatan pascasiswazah yang ditawarkan mampu melatih doktor muda terbabit sehingga dapat mengatasi kemahiran senior mereka pada masa akan datang.
Beliau seterusnya menggariskan lima aspek yang perlu diberi penekanan dalam usaha melahirkan doktor yang cekap dan mampu memenuhi wawasan kesihatan negara, antaranya kompetensi berasaskan keputusan, kurikulum yang standard dan penandaarasan.
Dr Noor Hisham berkata juga amat penting latihan diberikan kepada jurulatih dan pembangunan kepakaran yang berterusan; membentuk kecekapan dan kemahiran insani; memperkasa dan melatih pegawai perubatan untuk berkhidmat di hospital daerah dan hospital kluster; serta menguasai kemajuan teknologi.
Beliau membuat kenyataan itu menerusi Facebooknya hari ini selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan doktor pakar anjuran kementerian berkenaan.
Dr Noor Hisham turut menggesa pengamal perubatan untuk sama-sama memastikan doktor pelapis memiliki kecekapan yang diperlukan selain bersedia menghadapi masa depan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN