Program Henti Merokok dapat sambutan menggalakan sejak 1 Jan - Dr Dzulkefly



PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Seramai 143 perokok mendaftar bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan berhenti merokok ‘mQuit’ disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sejak Januari hingga minggu kedua Febuari lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kesedaran dalam kalangan perokok tersebut adalah berikutan pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok yang berkuatkuasa 1 Jan lepas.

“Ini merupakan sambutan luar biasa dan saya merasakan pewartaan tempat makan sebagai tempat larangan merokok adalah satu langkah positif, bagi meningkatkan tahap kesihatan seluruh rakyat Malaysia. 

“Saya percaya larangan tersebut yang bersifat prohibitif, apabila digabungkan dengan program mQuit yang bersifat promotif, akan membantu membudayakan amalan tidak merokok sekaligus membantu usaha mencapai sebuah negara bebas amalan merokok,” katanya selepas merasmikan majlis perkhidmatan berhenti merokok mQuit sempena pewartaan tempat makan sebagai tempat dilarang merokok di sini hari ini.

Sehingga kini, perkhidmatan berhenti merokok itu ditawarkan di 731 klinik kesihatan, 46 hospital kerajaan dan 164 fasiliti swasta yang diberikan akreditasi.

Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan bimbingan berhenti merokok sama ada di fasiliti awam mahupun swasta boleh mendaftarkan diri di laman sesawang jomquit.moh.gov.my.

Ditanya mengenai terdapat perokok yang masih merokok di premis makanan sehingga kini, Dr Dzulkefly berkata ia hanya melibatkan 12 peratus perokok, sementara 88 peratus akur dengan larangan yang dikeluarkan. 

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018