ALOR SETAR, 5 Mac (Bernama) -- Sebuah hospital swasta baharu bakal dibangunkan di sini yang dijangka dapat membantu merealisasikan hasrat Kedah menjadi satu daripada destinasi pilihan bagi pelancongan perubatan di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan negeri Mohd Asmirul Anuar Aris berkata pembinaan hospital itu yang akan dimulakan hujung tahun ini juga diharap dapat menjadikan Alor Setar sebagai Bandaraya Pelancongan Perubatan.
Katanya, sebuah syarikat swasta iaitu Bumi Barakah Development Sdn Bhd yang akan bekerjasama dengan beberapa pihak lain telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk membina hospital itu yang mempunyai kapasiti 180 katil membabitkan pelaburan RM200 juta.
“Pemilihan lokasi hospital yang bakal dibina berhampiran Tabung Haji Hotel & Convention Center, di sini adalah kerana kita ingin beri tumpuan kepada tanah besar walaupun Langkawi menjadi tumpuan pelancong. Sudah tiba masanya kita majukan tanah besar pula,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohd Asmirul Anuar menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Bumi Aviation Sdn Bhd / Bumi Barakah Development Sdn Bhd yang diwakili Pengarah Urusan Bumi Aviation, Abdul Wahab Mat Isa dengan BCS Contract Supply & Service Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Mjets International & BCS Contract Supply & Service Sdn Bhd, Nazaruddin Mohd.
Menerusi MoU itu syarikat berkenaan akan bekerjasama untuk menjadikan Alor Setar sebagai hab pelancongan perubatan dan kargo udara.
Sementara itu, Abdul Wahab berkata syarikat Bumi Aviation dan rakan kongsinya Sri Libana Sdn Bhd akan bekerjasama dengan BCS Contract Supply & Service untuk menjadikan Alor Setar sebagai hab kargo udara dan kemudahan minyak kapal terbang.
“Bumi Aviation mempunyai pengalaman dalam mengendalikan penerbangan sewa khas Sriwijaya Air dari Indonesia bagi laluan Alor Setar-Medan-Alor Setar dan ini akan memudahkan lagi kita untuk membawa masuk pesakit dari Indonesia bagi mendapatkan rawatan di bandar raya Alor Setar selepas siapnya pembinaan hospital ini nanti,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN