Fuziah sangkal dakwaan vaksin tidak halal

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh merasmikan Kad Rawatan Asnaf dan Kad Ibu Susuan di Hospital Pusrawi, hari ini.

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pembinaan kilang vaksin halal pertama di negara ini bermaksud vaksin digunakan selama ini tidak sah daripada hukum syarak.

Beliau berkata berbeza dengan makanan yang memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), vaksin pula diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Apabila bercakap tentang vaksin, kita bercakap berkenaan kandungan digunakan. Ia tidak termasuk di bawah Jakim sebaliknya ada akta lain di bawah farmasi. 

"Walaupun vaksin mempunyai elemen meragukan, hukumnya adalah harus kerana pengambilannya penting demi kemaslahatan ummah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kad Rawatan Asnaf dan Kad Ibu Susuan di Hospital Pusrawi, di sini, hari ini. 

Sehubungan itu, Fuziah berkata pembinaan kilang vaksin halal pertama di negara ini adalah sebagai satu langkah alternatif, sekali gus menjadi sumbangan terbesar kepada umat Islam secara keseluruhannya. 

"Jadi saya menyeru janganlah lihat ini sebagai sesuatu yang negatif...harus dibezakan antara hukum menggunakannya dan kandungan digunakan dalam vaksin tersebut. 

"Jadi, Malaysia sebagai negara yang maju ke depan, model negara rahmah, sangat mengambil berat tentang hal ini, " katanya. 

Sementara itu, Fuziah berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan dua hingga empat peratus golongan asnaf untuk keluar daripada kategori kemiskinan tahun ini.

Menurutnya, sasaran itu merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baharu untuk MAIWP.

Justeru, beliau berkata ketika ini pihaknya sedang melihat langkah terbaik bagi mengeluarkan golongan asnaf itu daripada kemiskinan antaranya melalui bidang pendidikan dan keusahawanan. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018