Wajibkan vaksin: Jakim akan bincang dengan dua kementerian - Fuziah



MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pelajaran mengenai kajian mewajibkan suntikan vaksin imunisasi ke atas kanak-kanak sebelum memasuki sesi persekolahan. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata jabatan itu sedia membantu kedua-dua kementerian berkenaan bagi meneliti cadangan mewajibkan suntikan vaksin imunisasi sebelum menetapkan sebarang dasar berhubung perkara tersebut.

"Apabila seseorang kanak-kanak tidak mengambil suntikan vaksin imunisasi, dia boleh memudaratkan orang lain seperti mana kes yang berlaku baru-baru ini ada kanak-kanak meninggal dunia disebabkan jangkitan difteria.

"Dari sudut ‘maqasid syariah’, (tanpa pengambilan vaksin) membahayakan nyawa orang lain, jadi kita perlu buat dasar mewajibkannya namun ia memerlukan fatwa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Townhall Maqasid Syariah peringkat negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari. 

Fuziah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai KKM bersedia menimbang cadangan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) untuk mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin bawah Program Imunisasi Kebangsaan yang akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.  

Sementara itu, Adly berkata kerajaan negeri Melaka sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi membincangkan pelbagai tuntutan syariah dalam Islam. 

Melaka merupakan negeri pertama melaksanakan program sesi perbincangan maqasid syariah sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan persekutuan bagi membincangkan pelbagai perkara demi kesejahteraan masyarakat serta kemakmuran negeri dan negara. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018