Daripada Nurrul Huda Ahmad Lutfi
GUANGZHOU, 8 Mac (Bernama) -- Kumpulan Cancer Wellness (CANWELL) Fakulti Sains Kesihatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan khidmat memberikan latihan rawatan sokongan psikososial kepada pengamal kesihatan profesional untuk memperkasakan pesakit kanser dalam negara.
Pengarah Projek Perkhidmatan Komuniti kumpulan itu Dr Nor Aniza Azmi berkata aspek rawatan sokongan itu penting untuk memulihkan pesakit kanser secara psikologi selain rawatan sedia ada kerana minda yang positif menghadapi penyakit itu merupakan antara penyumbang kepada mereka pulih dengan cepat.
"Selain mempromosikan pendidikan penjagaan pesakit dan kesedaran tentang penyakit kanser, kita juga berikan training kepada health practicioners seperti jururawat, pakar terapi radiasi, ahli farmasi tentang 'Psychosocial Oncology Care Support' (PSOC).
"Semua orang tahu bahawa kanser ini adalah sesuatu yang stressful, bila mana seseorang yang dah didiagnos dengan kanser tahap empat misalnya, sudah tentu mereka akan trauma, termasuk dengan pelbagai rawatan susulan mereka perlu lalui," katanya kepada Bernama hari ini
Beliau yang juga Pensyarah Radioterapi UKM adalah antara pengamal kesihatan profesional dari Malaysia yang menyertai Malaysia-China International Cancer Symposium anjuran St Stamford International Medical Modern Cancer Hospital Guangzhou bersama Malaysia-China Medical Group Association selama dua hari bermula semalam di sini.
Dr Nor Aniza berkata sehubungan itu menerusi latihan itu nanti ia dapat membantu pengamal kesihatan mempraktikkan rawatan sokongan terhadap pesakit kanser sekali gus berupaya memulihkan semangat mereka dengan baik.
Beliau berkata kumpulan itu mempunyai seorang Pakar Psiko Onkologi bertauliah iaitu Dr Caryn Chan Mei Hsien yang akan membantu memberikan latihan rawatan sokongan berkenaan kepada pengamal kesihatan terlibat.
Dr Nor Aniza berkata perkhidmatan kesihatan dalam negara berhadapan dengan kekangan dalam mempraktikkan rawatan sokongan berkenaan secara meluas kepada pesakit kanser kerana kekurangan pakar dalam bidang itu.
"Kita tak ramai pakar psikologi yang memang betul-betul spesifik dalam bidang onkologi ini. Oleh itu, kumpulan kita ini mengambil inisiatif untuk menarafkan rawatan sokongan psikososial ini," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN