Perokok digalak sertai program berhenti merokok Kementerian Kesihatan



IPOH, 8 Mac (Bernama) -- Perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok digalakkan ​​​​​​supaya mendapatkan perkhidmatan bimbingan berhenti merokok menerusi program  'mQuit' yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2012.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata 143 perokok telah mendaftar bagi mendapatkan perkhidmatan secara percuma itu sejak Januari hingga minggu kedua Februari lalu.

“Seramai 12,400 perokok berjaya berhenti merokok menerusi kemudahan itu (mQuit) yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang 2012 hingga 2017,” katanya kepada  pemberita selepas menghadiri program pengisytiharan premis YMCA sebagai kawasan larangan merokok di sini hari ini.

Katanya sejak 2015 hingga 2017 terdapat peningkatan pada bilangan peserta yang mendaftar di bawah program itu iaitu 27,567 orang dan daripada jumlah itu 8,092 berjaya berhenti merokok.

Menurut Dr Lee, Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan itu di 731 klinik kesihatan dan 46 hospital kerajaan di seluruh negara.

“Kita mengambil serius berkenaan dengan merokok ini kerana sekarang ini kalangan dewasa ada 21 peratus perokok dan kalangan remaja ada 11.7 peratus perokok, ini adalah satu trend yang tidak digalakkan,” katanya. 

“Di Ipoh kemudahan itu boleh didapati di Klinik Kesihatan Greentown, Gunung Rapat dan Jelapang,” katanya dan menambah mereka yang mahu mendapatkan maklumat mengenai program itu boleh layari laman web jomquit.moh.gov.my.

Sementara itu Dr Lee berkata premis YMCA berkeluasan tiga hektar yang mempunyai bangunan pengurusan, bilik penginapan, padang bola sepak, gelanggang tenis dan badminton itu disytiharkan sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa hari ini.

“Ini merupakan satu cadangan yang baik bagi YMCA di mana kita mengalakkan premis yang tidak dalam kawasan larangan merokok untuk menisytiharkan larangan merokok secara sukarela,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018