Penolong pegawai perubatan mampu latih anggota penyelamat - KP Kesihatan



IPOH, 8 Mac (Bernama) -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penolong pegawai perubatan yang terlatih mampu menjadi tenaga pengajar dan jurulatih kepada anggota penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota sukarelawan lain.

Beliau berkata ini dibuktikan apabila 269 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya dilatih penolong pegawai perubatan menerusi tujuh siri latihan ​​​​​​Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) pada tahun lepas.

"Ini menjelaskan bahawa peranan penolong pegawai perubatan adalah diperakui dan diiktiraf dan mereka seharusnya perlu menunjukkan prestasi cemerlang secara konsisten.

"Saya yakin tahap kompetensi penolong pegawai perubatan dalam pengurusan bencana akan membantu kesiapsiagaan pasukan pengurusan bencana dalam menghadapi sesuatu bencana di negara ini," katanya.

Noor Hisham berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya mendapati penolong pegawai perubatan aktif menggunakan media sosial dan telah banyak membantu pihak Kementerian Kesihatan dengan menyalurkan maklumat awal kejadian berisiko atau bencana.

Katanya konsep 'sistem pengawasan amaran awal' telah terbentuk secara tidak formal melalui jaringan kolaborasi antara penolong pegawai perubatan di lapangan dan juga pihak kementerian.

"Ini sedikit sebanyak membantu mempercepatkan tindak balas pihak kementerian atau fasiliti berkenaan dalam keadaan berisiko mahupun bencana seterusnya penglibatan secara aktif dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan pantas telah membantu komunikasi risiko semasa bencana.

"Sebagai contoh yang boleh dilihat adalah semasa bencana kebakaran di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan juga kebakaran di Institut Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah berlaku pada Oktober 2016 manakala kebakaran di Unit Forensik HKL pada Mac tahun lepas.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018