KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) --Santen Pharmaceutical Co Ltd, sebuah syarikat yang berdedikasi khusus untuk rawatan penyakit mata, akan menaja aktiviti di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai glaukoma sepanjang Minggu Glaucoma Dunia (WGW), bermula 10 Mac.
Di Asia, syarikat ini akan membantu masyarakat akademik dan institusi perubatan tempatan yang berkaitan dengan glaukoma dengan memberi sokongan dalam menjalankan aktiviti Perhubungan Awam (PR), ceramah awam, dan pemeriksaan mata secara percuma.
Ia juga akan bekerjasama dengan Persatuan Glaucoma Sedunia dalam menjalankan kempen peningkatan kesedaran glaucoma berasaskan kuiz dan mengeluarkan siaran media di Eropah, manakala di Jepun, ia akan menggunakan papan tanda digital untuk menyampaikan maklumat tentang 'Light-up in Green!' iaitu acara oleh Persatuan Glaucoma Jepun untuk memupuk kesedaran awam.
Sementara itu, bagi inisiatif global untuk menggalakkan kesedaran glaukoma, Santen menawarkan aplikasi mudah alih yang berfokus kepada glaukoma yang merupakan simulasi penglihatan yang mudah digunakan untuk semua orang, termasuk pesakit serta golongan profesional perubatan.
Di kalangan pekerjanya di Jepun, Santen mengadakan pertemuan bagi mengkaji glaukoma pada bulan Februari dan semasa WGW mereka akan mengadakan kegiatan bagi berkongsi informasi tentang penyakit ini dengan anggota keluarga serta teman.
Syarikat ini akan menumpukan usaha selanjutnya bagi menggalakkan semua pekerja, termasuk pekerja di seluruh dunia untuk memperdalam pemahaman mereka terhadap glaukoma kerana pengesanan awal dan rawatan adalah penting untuk mengurangkan bilangan pesakit glaukoma daripada kehilangan penglihatan.
Persatuan Glaukoma Dunia telah mendedikasikan seminggu pada bulan Mac setiap tahun, sebagai WGW untuk menggalakkan pengesanan awal dan rawatan glaucoma yang berterusan dengan mengadakan pelbagai acara dan aktiviti peningkatan kesedaran di seluruh dunia sepanjang minggu.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://www.santen.com.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN