ALOR GAJAH, 8 Mac (Bernama) -- Golongan wanita terutama bakal ibu perlu mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada doktor dan petugas kesihatan yang bertauliah dan diiktiraf bagi mengelakkan risiko membahayakan nyawa mereka dan bayi yang bakal dilahirkan.
Pengerusi Pertubuhan Amal Isteri Wakil Rakyat Melaka (Harwanis), Dalilah Awaludin berkata perkhidmatan rawatan khususnya di hospital kerajaan kini dilengkapi kemudahan moden dan mencukupi selain mempunyai kepakaran doktor dan pegawai perubatan terlatih.
Beliau yang juga isteri kepada Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, melahirkan anak dengan menggunakan khidmat doula, iaitu pembantu wanita ketika melahirkan, atau individu tidak mempunyai tauliah tanpa pemerhatian doktor atau bidan terlatih boleh memudaratkan diri serta bayi.
"Sebagai seorang ibu dan pernah melahirkan tujuh orang anak, saya amat yakin dengan perkhidmatan dan sistem perubatan di hospital awam, jadi bagi ibu-ibu di luar sana mereka tidak perlu meragui rawatan yang disediakan di sana.
"Justeru kita berharap golongan ibu dapat merujuk kepada pakar perubatan yang telah diiktiraf supaya dapat melahirkan bayi dalam keadaan selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Penyusuan Bayi sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia di Hospital Alor Gajah, di sini, hari ini.
Turut hadir Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka Ginie Lim Siew Lin dan Timbalan Pengarah Hospital Alor Gajah Dr Wan Hafizah Husna Wan Mokhtar.
Sementara itu, Dalillah berkata inisiatif mewujudkan bilik seumpama itu perlu diperbanyakkan di hospital dan pejabat kerajaan bagi memberi kemudahan, keselesaan serta menjamin privasi golongan ibu.
Katanya, kemudahan yang disediakan juga dilihat amat bermanfaat kepada para ibu dengan perkhidmatan sesi kaunseling laktasi berkaitan teknik penyusuan kepada ibu dan bayi.
"Kakitangan di hospital ini bersedia memberi komitmen dan bimbingan kepada pesakit, malah mereka terdiri dari kakitangan profesional dan terlatih demi memberi perkhidmatan terbaik," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN