MANILA, 8 Mac (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menasihatkan para ibu bapa agar tidak mempercayai berita negatif berkenaan vaksin imunisasi yang cuba disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya, Dr Siti Hasmah mengingatkan ibu yang mempunyai anak kecil berumur enam bulan perlu ke klinik atau hospital bagi mendapatkan suntikan vaksin demi kesihatan anak masing-masing.
“Tolonglah ingat pesanan saya ini kerana kita tidak mahulah anak yang kita lahirkan selepas cukup bulan disia-siakan sahaja,” katanya kepada pemberita pada hari terakhir menemani lawatan suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad ke Filipina hari ini.
Beliau memberi pesanan berkenaan sempena sambutan hari wanita sedunia pada hari ini.
Menurut Dr Siti Hasmah, para ibu perlu memastikan anak mereka terus mendapatkan suntikan imunisasi bagi mengelak kejadian jangkitan bakteria serta penyakit polio dan lain-lain yang boleh membawa maut seperti yang berlaku kepada dua kakak-kanak di Johor, baru-baru ini.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN