Polis terima lima laporan berhubung pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (tiga, kanan) melancarkan Program Hari Bertemu Pelanggan Mega Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor 2019 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Kamarudin Md Din (dua, kanan).

JOHOR BAHRU, 9 Mac (Bernama) -- Polis menerima lima laporan berhubung pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, dekat Pasir Gudang, setakat semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua laporan yang diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam itu dibuat keluarga pelajar dan penduduk sekitar kawasan terlibat.

“Walaupun Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan tetapi polis juga membuka kertas siasatan.

“Sebabnya, kita mahu kesan mereka yang membuang bahan kimia ini adalah orang yang melakukan jenayah dan dia tidak mengambil kira keselamatan bukan sahaja orang, tetapi juga kebersihan air sungai itu. Jadi ini adalah satu jenayah bagi saya...jenayah kepada alam sekitar, jenayah kepada manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Bertemu Pelanggan Mega PDRM Johor 2019, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan kerana menjadikan udara berbahaya kepada kesihatan dan Seksyen 284 kanun sama kerana kelakuan cuai berkenaan dengan benda beracun.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya juga akan bekerjasama dengan JAS Johor bagi mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pembuangan sisa bahan kimia itu.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru orang ramai yang melihat aktiviti mencurigakan berhubung pembuangan sisa bahan kimia terbabit tampil memberi maklumat kepada pihak polis di balai berdekatan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khalil berkata IPK Johor kini sedang menyiapkan buku infografik bermaklumat berkaitan sejarah polis di negeri ini bagi menjadi rujukan pelbagai pihak pada masa akan datang.

Beliau berkata usaha dilakukan sejak dua bulan lepas dengan mengumpul pelbagai bahan sejarah berkaitan termasuk dari seluruh daerah-daerah polis di negeri ini.

“Saya dapati tiada buku khusus berkaitan kontinjen Johor dari dahulu sehingga sekarang. Buku ini apabila siap kelak, akan ditambah baik dari semasa ke semasa selain boleh digunakan untuk rujukan mereka yang mahu membuat kajian berhubung pembangunan polis di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kontinjen Johor dalam pada itu sedang dalam proses menubuhkan pasukan pancaragam yang dijangka dirasmikan bersempena Sambutan Hari Polis, 25 Mac depan.

“Ia (pasukan pancaragam) merupakan salah satu inisiatif dalam menaik taraf perkhidmatan polis…sebab orang melihat polis ini hanya bekerja sahaja sedangkan kita juga memiliki seni tersirat yang mampu menghiburkan orang ramai,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018