PEKAN, 9 Mac (Bernama) -- Pahang mencatatkan 248 kes demam denggi dengan satu kematian dalam tempoh Januari hingga 2 Mac lalu.
Timbalan pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata apa yang menyedihkan tiada kematian dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Justeru, katanya bagi memastikan masyarakat sentiasa memberi perhatian terhadap kebersihan pihaknya kini memberi tumpuan terhadap aktiviti penguatkuasaan sebagai langkah pencegahan yang paling berkesan.
"Setakat ini, kita telah membuat pemeriksaan terhadap 82, 982 premis seperti rumah, kedai dan kilang dengan 221 premis dikenakan kompaun bernilai RM110,500 manakala sembilan kes dibawa ke mahkamah.
"Kerjasama masyarakat untuk menjaga kebersihan amat penting dalam usaha mengawal penularan kes denggi di negeri ini, " katanya pada Program Gotong-Royong Perangi Aedes dan Hari Bersama Sukarelawan Combi Peringkat negeri di Taman Peramu Jaya 1 di sini, hari ini.
-- LAGI
KESIHATAN-DENGGI 2 (AKHIR) PEKAN
Pada program itu, lebih 500 penduduk setempat terdiri daripada wakil agensi kerajaan, pihak swasta serta pelajar sekolah menyertai aktiviti membersih persekitaran taman perumahan itu.
Dr Mohamed Sapian juga menasihatkan orang ramai untuk tidak hanya bergantung kepada pekerja syarikat pembersihan dalam menyelia persekitaran tempat tinggal mereka.
Beliau menasihati orang ramai supaya meluangkan masa sekurang-kurangnya sepuluh minit seminggu untuk memusnahkan tempat pembiakan aedes di kediaman masing-masing.
-- BERNAMA
FBM SSS AKT
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN