Kes denggi di Terengganu meningkat 628.6 peratus awal tahun ini



KUALA TERENGGANU, 9 Mac (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan sebanyak 204 kes demam denggi dari 1 Jan hingga 2 Mac tahun ini, peningkatan sebanyak 628.6 peratus berbanding 28 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Jusoh berkata daerah Kuala Terengganu mencatatkan bilangan kes tertinggi sebanyak 114 kes diikuti Kuala Nerus (27 kes), Dungun (21 kes), Marang (19 kes), Besut (12 kes), Kemaman (lima kes) dan masing-masing tiga kes di Hulu Terengganu dan Setiu. 

"Sehingga 2 Mac lalu, terdapat tujuh episod wabak berlaku di Terengganu iaitu tiga episod di Kuala Terengganu, masing-masing dua episod di Kuala Nerus dan Marang. Daerah-daerah lain masih mengekalkan sifar wabak denggi. Semua episod wabak ini telah pun tamat dan merupakan wabak terkawal.

" Sebanyak 63 aktiviti gotong-royong telah dijalankan di seluruh negeri dalam usaha mencegah demam denggi dan hari ini kita adakan gotong royong perdana di Dungun," katanya dalam satu kenyataan. 

Sebanyak 32,582 premis telah diperiksa setakat ini dan daripada jumlah itu, 514 premis didapati positif pembiakan Aedes. Sebanyak 240 premis pula telah dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000).

 "Kita juga telah membuat semburan kabus di 35,161 premis serta proses larvisiding di 25,781 premis setakat ini,” katanya. 

 -- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018