BUKIT MERTAJAM, 10 Mac (Bernama) -- Amalan gaya hidup sihat menjadi fokus utama kerajaan negeri dalam membantu mengatasi peningkatan pesakit buah pinggang, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Afif Bahardin.
Beliau berkata majoriti yang mendapat penyakit itu turut menghidap diabetes, darah tinggi dan sebagainya, justeru penting untuk rakyat mempunyai kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti berhenti merokok untuk mencegah penyakit buah pinggang.
“Pertumbuhan pusat dialisis yang semakin pesat kini amat membantu para pesakit mendapatkan perkhidmatan dialisis namun jalan penyelesaian terbaik untuk mengurangkan kadar pesakit yang mengalami komplikasi buah pinggang adalah melalui amalan gaya hidup sihat.
“Jadi, bila kita bercakap tentang penyakit buah pinggang, kita tidak boleh bercakap tentang dialisis semata-mata, kita harus berbicara tentang bagaimana mahu menghalang atau mengurangkan jumlah pesakit yang datang ke pusat itu, ia harus menjadi fokus utama,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia anjuran Pusat Dialisis Province Wellesley Renal Medifund (PWRM) di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden PWRM Goik Hock Lai.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN