'Malaysia-China International Cancer Symposium' menjadi medium penyampaian maklumat mengenai rawatan pilihan menerusi 18 jenis teknologi invasif minimal tercanggih kepada pesakit kanser sempena 'Malaysia-China International Cancer Symposium' di Hospital St Stamford Modern Cancer Guangzhou yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat lepas.
Daripada Nurrul Huda Ahmad Lutfi
GUANGZHOU, 10 Mac (Bernama) -- Simposium Kanser Antarabangsa Malaysia-China menjadi medium penyampaian maklumat mengenai rawatan pilihan menerusi 18 jenis teknologi invasif minimal tercanggih kepada pesakit kanser tahap akhir di negara ini untuk mereka sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal berkata intipati simposium itu memberikan pendedahan tentang kelebihan penggunaan teknologi itu dengan lebih terperinci, sekali gus memberikan harapan kepada pesakit kanser untuk mereka kembali sihat dengan peluang kedua.
“Hasil daripada simposium ini, ada benda baiknya kepada pesakit kanser (tahap akhir) sebab kita ada pilihan banyak. Kalau kita tengok di St Stamford Modern Cancer Hospital Guangzhou ini, kebanyakan pesakit mereka dah tahap akhir, yang mana pakar perubatan negara ini pun akan kata tidak ada harapan nak sembuh.
“Pesakit kanser tahap akhir ini mereka mengharapkan untuk terus berjuang cari rawatan, cari kesembuhan, mereka berhak untuk mendapatkan kesihatan baik, peluang kedua serta rawatan terbaik di luar negara,” katanya kepada Bernama selepas simposium berkenaan di sini.
Simposium anjuran bersama St Stamford Modern Cancer Hospital Guangzhou dan Persatuan Kumpulan Perubatan Malaysia-China itu berlangsung pada Khamis dan Jumaat lepas.
Pengamal kesihatan profesional, termasuk pensyarah universiti tempatan dan doktor dari Malaysia yang menyertai simposium berkenaan, berpeluang melihat sendiri operasi hospital itu serta prosedur rawatan dengan teknik invasif minimal yang dilakukan terhadap pesakit.
Zuraini berkata tidak dinafikan Malaysia juga mempunyai kepakaran dan teknologi tersendiri dalam merawat pesakit kanser namun rawatan kanser menggunakan teknik invasif minimal itu masih belum digunakan secara serius di negara ini.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerajaan dapat mengkaji kebaikan penggunaan teknologi seperti diguna pakai St Stamford Modern Cancer Hospital Guangzhou, sekali gus memberikan ruang ia dibawa masuk ke Malaysia untuk dipraktikkan dengan lebih meluas.
“Agar ramai lagi pesakit kanser (tahap akhir) di negara ini dapat diselamatkan. Kerana kita tidak menguasai teknologi itu, jangan pula menidakkan kewujudan teknologi itu. Kita harus beri peluang untuk orang lain mencari rawatan terbaik,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kumpulan Perubatan Malaysia-China Melissa Tan berkata simposium itu berperanan sebagai platform perkongsian maklumat tepat dengan lebih dekat kepada pengamal kesihatan berkenaan mengenai rawatan kanser yang dipraktikkan di China.
“Objektif kita menganjurkan simposium ini supaya pengamal kesihatan Malaysia dapat maklumat dan tengok sendiri serta memahami rawatan kanser di China yang tidak ada di Malaysia, sebab sebelum ini hanya ‘hearsay’, sekarang mereka boleh lihat sendiri d hospital Guangzhou ini.
“Selain itu, ia boleh eratkan perhubungan antara pengamal perubatan di Malaysia dengan China apabila mereka dapat berkongsi idea dan pandangan tentang (kaedah) rawatan kanser di kedua-dua negara, sekali gus memberikan idea kepada Malaysia untuk menambah baik kepakaran dan teknologi yang sedia ada,” katanya.
Tan berkata pengamal kesihatan Malaysia itu juga didedahkan dengan aktiviti sokongan moral yang dianjurkan kepada pesakit kanser selain rawatan sedia ada di hospital berkenaan sebagai rawatan sokongan daripada aspek psikologi untuk mereka kembali pulih dengan sebaik mungkin.
Beliau berkata setiap hari pihak hospital itu menganjurkan aktiviti tertentu yang dapat menghiburkan pesakit supaya tidak berterusan tertekan dengan penyakit sendiri seperti membawa mereka keluar membeli- belah dan aktiviti kraftangan.
“Sokongan moral yang diberikan pihak hospital ini sangat tinggi yang buat pesakit kanser ini rasa dihargai. Kanser ini sesuatu yang stressful, bila ada aktiviti seperti pihak hopsital bawa mereka keluar pergi beli-belah, beli sayur dan buah-buahan, mereka akan rasa seronok. Dapat nikmati kehidupan macam orang biasa, tidak terperap duduk di katil wad sahaja,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN