Pencemaran udara: 61 dirawat di Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal

JOHOR BAHRU, 11 Mac (Bernama) -- Seramai 61 mangsa dirawat di Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini selepas dua sekolah yang terlibat dengan  pencemaran udara berikutan  pembuangan  sisa kimia di Sungai Kim Kim Khamis lepas, diarahkan tutup kembali tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal  berkata  daripada jumlah itu, seramai 57 murid dan empat dewasa termasuk seorang guru dari dua sekolah berkenaan, kini dirawat di HSI.

“Sembilan orang dirawat di zon merah, 25 di zon kuning manakala 27 lagi di zon hijau,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Khamis lepas (7 Mac), dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih diarahkan tutup setelah ramai pelajar mengadu loya, muntah dan ada yang pengsan disyaki pencemaran udara ekoran pembuangan sisa kimia ke sungai yang terletak 500 meter dari kedua-dua sekolah berkenaan.

Situasi sama terjadi lagi kira-kira lima jam selepas kedua-dua buah sekolah itu dibuka semula  hari ini setelah ditutup sejak Khamis lepas.

Punca sebenar kejadian belum dikenal pasti.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018