Perkenal teknologi AI dalam sektor kesihatan



PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan akan memperkasakan sektor penjagaan kesihatan dengan melaksanakan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence (AI), tanpa menafikan kepakaran manusia, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"Kita akui AI tidak dapat ganti atau menandingi kepakaran yang ada pada manusia. AI sebenarnya sekadar penghubung atau pemudah cara untuk sesuatu yang baharu.

“Kita akan terus menggunakan kepakaran manusia namun, pada masa yang sama kita tidak akan menafikan kepentingan AI,” katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di sini hari ini.

Bagi tujuan itu, Dzulkefly berkata kementeriannya sedang berbincang dengan pakar dalam teknologi AI untuk meneroka kaedah bagi mengoptimumkan rantaian perkhidmatan di fasiliti kementerian.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dzulkefly berkata teknologi AI akan digunakan dalam program kesihatan antaranya memerangi denggi dan mengenal pasti tempoh masa menunggu bagi sesuatu perkhidmatan kesihatan.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata kementerian sedang dalam pertimbangan untuk melaksanakan Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara.

Beliau berkata Malaysia tidak seharusnya ketinggalan dalam menggunakan teknologi yang ketika ini sedang dan akan digunakan di beberapa negara antaranya Turki dan Vietnam.

"Malu kita kalau Vietnam dalam masa dua tahun akan datang mempunyai EMR, sistem berkenaan juga telah dilaksanakan di negara Timur Tengah iaitu Turki.

"Turki bukan sahaja sudah laksanakan EMR tapi lebih daripada itu, mereka telah menggunakan HIMS (Hospital Information Management Systems) atau sistem pengurusan maklumat hospital,” katanya, sambil menambah Malaysia mempunyai keupayaan untuk melaksanakan EMR namun memerlukan sedikit masa bagi pelaksanaannya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018