Tidak ada istilah terlalu lewat untuk berhenti merokok - Kata pegawai kesihatan



KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Sebenarnya masih tidak lewat bagi mereka yang telah merokok sejak sekian lama yang berisiko menghidap kanser, untuk berhenti daripada tabiat itu pada bila-bila masa kerana langkah itu dilihat sememangya boleh memanjangkan jangka hayat, di samping meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

“Bagaimanapun ramai yang naif, sering tersalah anggap bahawa selepas terjebak dengan tabiat merokok sejak sekian lama, tiada apa yang akan dapat berubah sekiranya mereka memilih untuk berhenti merokok sekarang,” kata Penolong Kanan Pengarah Unit Kanser Kementerian Kesihatan Dr Arunah Chandran.

“Berhenti merokok di usia berapa sekalipun, pastinya akan membawa perubahan kepada usaha memerangi kanser,” katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara ‘Bernama Today’ yang dihoskan oleh Gerard Ratnam dan Tehmina Kaoosji terbitan Bernama News Channel (BNC), yang disiarkan menerusi saluran CH502, Isnin.

Katanya adalah salah untuk mengatakan bahawa merokok tidak mempunyai apa-apa kaitan secara langsung dengan kanser, apabila penyelidikan menunjukkan bahawa ia sememangnya berkait rapat dengan 15 jenis kanser.

“Merokok dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser seperti kanser mulut, kanser perut, paru-paru, usus dan hati misalnya,” tambahnya.

Dr Arunah seterusnya menggesa perokok supaya menukar gaya hidup mereka kepada kepada gaya hidup yang lebih sihat, seperti membanyakkan pembabitan dalam aktiviti sukan dan mengambil makanan yang lebih berkhasiat, selain berhenti merokok.

“Risiko bagi lelaki Malaysia mendapat kanser adalah satu dalam 10 berbanding wanita di mana faktor risiko adalah satu dalam sembilan. Bagi kaum lelaki tiga jenis kanser paling tinggi adalah paru-paru, kolorektal dan kanser nasofaring, manakala untuk kaum wanita, mereka boleh menjadi mangsa kepada kanser payudara, kolorektal dan kanser serviks,” katanya.

Malangnya menurut beliau kebanyakan kes-kes kanser dalam negara dikesan lewat, apabila ia mencapai sehingga tahap tiga dan empat.

Beliau berkata keadaan ini mewujukan lingkaran negatif, dimana pengesanan yang lewat bermakna rawatan juga menjadi lewat, lantas mengakibatkan kebarangkalian untuk pulih menjadi amat rendah, dan orang ramai mulai mengaitkan penyakit itu sebagai ‘hukuman mati” yang mencetuskan ketakutan - jadi ramai yang enggan membuat pemeriksaan, kerana “tidak mahu tahu”.

Semasa rawatan dan pemulihan amat penting, orang ramai perlu fokus kepada usaha mengurangkan risiko dengan menghentikan tabiat merokok, di samping mengurangkan faktor-faktor lain yang berkaitan seperti pengambilan alkohol dan kegemukan.

Merujuk kepada pemeriksaan kanser, beliau menasihatkan mereka yang berhasrat berbuat demikian supaya berunding terlebih dahulu dengan pengamal perubatan sebelum menjalani pemeriksaan yang betul bagi memastikan rawatan susulan yang sesuai, dan bukannya menjalani ujian secara rawak, yang adakalanya amat mahal.

Dr Arunah berkata sebagai sebahagian daripada usaha mewujudkan kesedaran tinggi dalam tabiat harian bagi melawan kanser, Kementerian Kesihatan bersama pertubuhan-pertubuhan berkaitan yang terbabit dengan usaha memerangi kanser telah melancarkan World Cancer Day Fun Run pada 23 Mac bagi promosi aktiviti fizikal yang akan turut dihadiri kira-kira 200 orang yang terselamat dari penyakit kanser.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018