KKM rampas produk kesihatan yang dicampur palsu bernilai RM1.7 juta

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas produk kesihatan dicampur palsu yang disyaki tidak berdaftar serta bahan mentah mengandungi racun bernilai RM1.7 juta.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata rampasan itu diperoleh hasil operasi bersepadu oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi terhadap 16 premis di sekitar ibu negara dan Selangor pada 5 Mac lepas.

“Antara produk yang disyaki dicemarpalsu ialah Cala Huala; Cala Plus; ATC Herbs; SBC Miracle Herbs; MR; Candy B ; Soloco; dan Catuaba.

“Selain itu, bahan mentah yang disyaki mengandungi Sibutramine iaitu ejen pelangsing dan Tadalafil iaitu bahan perangsang seks turut dirampas,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata bagi produk kesihatan yang tidak berdaftar, kes akan disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama bagi individu dan bagi syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama.

“Bagi produk kesihatan yang dicampur palsu dengan racun berjadual, kes akan disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan, individu atau syarikat boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memberi amaran kepada sesiapa yang mempunyai stok produk itu supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan dan meningkatkan kesan sampingan kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

“Orang awam dinasihat supaya tidak menggunakan produk campur palsu dan produk-produk yang tidak berdaftar dengan KKM.

“Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang   http://npra.moh.gov.my/ atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018