WHO lancar strategi global terhadap pandemik selesema berbahaya berikutnya

GENEVA, 12 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan satu strategi influenza global bagi melindungi dunia daripada pandemik selesema berbahaya berikutnya, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan agensi itu pada Isnin.

Pandemik influenza itu "adalah perkara yang membabitkan bila dan bukan jika," menurut WHO yang menganggarkan bahawa ancaman kesihatan awam terbesar itu berpotensi mengancam nyawa berjuta-juta orang kerana penularan virus yang cepat.

"Ancaman pandemik influenza sentiasa ada," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan.

Strategi itu bertujuan memperkukuh sistem pengawasan dan membangunkan peralatan global yang lebih canggih untuk mencegah dan influenza.

Ketua Kesiapsiagaan dan respons WHO, Ann Moen, berkata vaksin yang ditambah baik dan memiliki imuniti lebih lama amat diperlukan selain antivirus serta rawatan lebih baik untuk penyakit.

Dianggarkan sejumlah sebilion orang dijangkiti selesema setiap tahun, yang menyebabkan antara 290,000 dan 650,000 kematian, menurut laporan kesihatan WHO.

Pandemik selesema terakhir di seluruh dunia adalah disebabkan virus H1N1, yang menular antara 2009 dan 2010. 

Kajian mendapati sekurang-kurangnya seorang daripada lima individu di seluruh dunia telah dijangkiti pada 2009 dan kadar kematian ialah 0.02 peratus.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018