Health4U, UMS meterai MoU ke arah penjagaan kesihatan digital di Sabah

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fat (dua, kanan) menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian antara Naib Cancelor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kamaruddin Mudin (kiri) bersama Ketua Eksekutif Health 4U Solutions Sdn Bhd Datuk Chevy Beh (kanan) selepas menandatangani perjanjian antara UMS dengan Health 4U Solutions Sdn Bhd dalam satu majlis hari ini.

KOTA KINABALU, 12 Mac (Bernama) -- Satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani hari ini antara Health4U Solution Sdn Bhd (Health4U), pemaju aplikasi BookDoc dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sabah, untuk melakar kemajuan dalam penjagaan kesihatan di Sabah.

MoU itu bakal menyaksikan kedua-dua pihak mengukuhkan kerjasama dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, selain mencerminkan komitmen BookDoc dalam menyumbang kepada pembangunan landskap penjagaan kesihatan digital di negara ini selain membuka jalan bagi merealisasikan impian UMS untuk mewujudkan hospital pengajaran pintar pertama di negeri itu.

Pada majlis pemeteraian MoU itu, Health4U diwakili oleh ketua pegawai eksekutifnya Datuk Chevy Beh sementara UMS diwakili naib canselornya Datuk D Kamarudin D Mudin. Turut hadir Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Menurut Beh, yang juga pengasas aplikasi BookDoc, kerjasama itu membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kepakaran dalam bidang seperti penyelidikan Transformasi Digital Penjagaan Kesihatan, Hospital Pintar, Pelancongan Perubatan, dan mengoptimumkan akses kepada penjagaan kesihatan dan modal insan.

Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan institusi akademik seperti UMS untuk menyumbang kepada pembangunan landskap penjagaan kesihatan digital di rantau ini secara berterusan. Melalui kerjasama itu, BookDoc akan menyediakan platformnya kepada UMS untuk tujuan ini ," katanya dalam kenyataan di sini.

Beh berkata Health4U menjangka kerjasama itu akan membantu syarikat berkenaan memahami dengan lebih baik keperluan dalam merealisasikan penjagaan kesihatan digital dari perspektif pengajaran dan perkhidmatan cara baharu yang ditawarkan.

BookDoc, yang bertapak di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand dan Indonesia, adalah platform dalam talian yang menghubungkan pesakit kepada penjagaan kesihatan profesional pada bila-bila masa dan di mana sajaja, sambil memberi insentif kepada semua untuk terus aktif.

BookDoc boleh dilayari di www.bookdoc.com, App Store dan Google Play Store.

Sementara itu, Kamarudin dalam ucapannya berkata, aplikasi BookDoc dapat membantu Hospital UMS  menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit di seluruh Sabah tanpa mengira waktu dan lokasi walaupun hospital itu terletak di Kota Kinabalu.

"Saya berharap kerjasama ini akan menjadikan UMS sebuah institusi yang kuat dan mampan pada masa depan, dan saya juga yakin kerjasama ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran," katanya.

Projek Hospital UMS kini dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2021.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018