Dr Sahruddin Jamal
JOHOR BAHRU, 12 Mac (Bernama) -- Kenyataan mengenai pengisytiharan amaran ‘Red Alert’ yang tular di laman Facebook hari ini dan dikatakan dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital berikutan kes pencemaran kimia di Pasir Gudang adalah tidak benar.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan ringkas di sini mengenai perkara itu berkata, "Tidak betul".
Kenyataan tular itu antara lain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan amaran ‘Red Alert’ kerana pencemaran udara yang tersebar di Pasir Gudang.
Ia turut mendakwa angin yang bertiup kencang menyebarkan toksik dan menyebabkan ramai penduduk di Seri Alam dan Plentong dimasukkan ke hospital.
Kenyataan berkenaan turut menasihatkan orang ramai supaya memakai topeng penutup mulut.
Khamis lepas, pembuangan sisa kimia di sungai berkenaan mengakibatkan tiga insiden di empat sekolah di Pasir Gudang, dengan satu terbaru hari ini, dipercayai kesan pencemaran dari bahan sisa berkenaan.
Terbaru, laporan menyebut Dr Sahruddin sebagai berkata, setakat ini 13 buah sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup mulai esok sehingga tarikh ditetapkan kemudian.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN