KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan inisiatif Hospital Kluster bagi mengatasi masalah kepadatan pesakit di hospital-hospital negeri dan berpakar, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan menteri berkenaan, Dr Lee Boon Chye berkata inisiatif itu akan menggabungkan semua sumber yang ada dalam sesebuah hospital dengan hospital lain termasuk sumber manusia, fasiliti, peralatan dan lain-lain dikongsi dan dioptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
"Dengan inisiatif itu, penggunaan katil bagi hospital-hospital yang kurang digunakan dapat dipertingkatkan di samping mengurangkan kesesakan di hospital berpakar.
"Pesakit juga dapat dipindahkan ke hospital-hospital yang kurang padat di kluster masing-masing dan penempatan pakar yang bersesuaian juga akan dilaksanakan di hospital tanpa pakar secara tetap dan bergilir," katanya .
Lee berkata sedemikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang ingin tahu tentang jumlah hospital yang berdepan dengan masalah kepadatan pesakit yang terlalu tinggi dan langkah yang telah diambil kementerian untuk mengatasinya.
Tambah Lee, sehingga kini telah ada 25 hospital kluster di 12 negeri yang melibatkan 88 buah hospital KKM merangkumi 60.7 peratus jumlah keseluruhan hospital tersebut.
Daripada 12 negeri, enam daripadanya iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Pahang telah selesai melaksanakan kluster di semua hospital di negeri itu.
"Sabah telah membentuk empat hospital kluster; Perak, Kedah dan Sarawak membentuk dua hospital kluster. Johor dan Selangor masing-masing membentuk satu hospital kluster," kata Lee.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN