KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) hari ini menghantar doktor sukarelawan ke Johor Bahru bagi membantu mangsa pencemaran akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang.
Pasukan pertama dianggotai tiga doktor dan dua paramedik itu diketuai Koordinator IMARET, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim, berlepas dari ibu negara ke lokasi “ground zero” pada petang ini.
Mereka akan bekerjasama dengan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru bagi membantu memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa terjejas.
“Kita akan beroperasi di Dewan Orang Ramai Taman Pasir Putih,” kata Dr Ahmad Munawwar Helmi kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama di sini hari ini.
Satu tabung khas turut dilancarkan dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun Persatuan Perubatan Islam Malaysia (CIMB: 8600 703 709) dengan rujukan: Pasir Gudang).
Semalam, media melaporkan jumlah mangsa pencemaran ekoran pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim, Khamis lepas, meningkat kepada lebih 200 mangsa akibat berlakunya gelombang kedua.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata gelombang kedua itu majoritinya membabitkan pelajar SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih.
Susulan gelombang kedua, murid dan penduduk sekitar disarankan mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN