506 mangsa pencemaran sisa kimia hari ini

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kiri) dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian (dua, kanan) menunjukkan penutup mulut dan hidung yang sesuai digunakan oleh orang ramai ekoran berlakunya pencemaran udara daripada pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.

JOHOR BAHRU, 13 Mac (Bernama) -- Seramai 506 orang mangsa direkodkan hari ini sahaja berikutan pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir, Khamis lepas. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata daripada jumlah itu, ia merangkumi 166 yang  menerima rawatan di wad biasa dan sembilan berada di unit rawatan rapi ICU. 

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci mengenai jumlah pesakit terlibat.

Beliau yang turut menghadiri mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, turut menafikan  maklumat tular  mengenai  kematian yang didakwa berikutan pencemaran akibat sisa kimia.

“Saya tegaskan tentang apa sahaja berita di laman sosial tentang kematian, tiada kematian,” katanya dalam sidang media di Pusat Gerakan Pengurusan Bencana negeri, di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly turut berterima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Jabatan Kesihatan, semua kakitangan di hospital dan klinik di Johor.

Disebabkan usaha gigih pelbagai pihak, insiden yang dilihat kritikal itu dapat ditangani dengan baik malah ada mangsa yang berada di ICU sudah semakin pulih.

“Klinik bergerak ditempatkan di Taman Mawar dan Taman Pasir Putih untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Selain itu, kita menggerakan enam pasukan klinik kesihatan, dua ambulan dan dua pasukan Hospital Sultan Ismail,  dua ambulan dan dua pasukan Hospital Sultanah Aminah, serta bantuan ambulan daripada badan bukan kerajaan,” katanya. 

Sementara itu, Dr Dzulkefly turut mengingatkan orang  ramai terutama mereka yang tinggal di kawasan Pasir Gudang supaya melakukan pencegahan dengan mengelakkan daripada berada di kawasan kejadian serta memakai topeng muka jenis R95.

“Kita dapati antara beberapa faktor pencemaran kimia itu tersebar dengan kelajuan angin dan arah angin, dalam lima kilometer pun boleh kena bahan bahaya toksik ini.

“Elakkan berada di tempat kejadian dan dapatkan rawatan jika alami gejala seperti loya , muntah, sesak nafas, sakit mata dan sakit dada,” katanya.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti luar buat sementara waktu agar tidak terdedah dengan sisa kimia berkenaan.

“Jangan ambil mudah kerana ia (bahan kimia) boleh meresap kulit dan berbahaya. Ini  penting kerana bahan yang ada pola  walau guna sarung tangan dan pakaian, ia akan melekat serta jadi pasif dan seterusnya terkesan kepada ahli keluarga lain,” katanya.

Dr Dzulkefly turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang maklumat daripada media sosial media yang tidak bertanggungjawab.

-- BERNAMA  






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018