Thomson Medical meterai MoU dengan Brigham Health, Dana-Farber Cancer Institute Inc

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Syarikat yang tersenarai di Singapura, Thomson Medical Group Ltd (TMGL), syarikat induk TMC Life Sciences Bhd, memeterai Memorandum Persefahaman dengan Brigham Health International, LLC (BHI) dan Dana-Farber Cancer Institute Inc (DFCI) pada 7 Mac lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini,  TMC Life berkata MoU berkenaan akan membolehkan mereka meneroka potensi kerjasama bagi menyokong pertumbuhan dan kemajuan projek hospital Thomson Medical di rantau ini.

Ia turut bertujuan mempromosi kemajuan sistem penyampaian penjagaan kesihatan serta pendidikan dan penyelidikan yang menumpukan kepada kesihatan wanita dan onkologi.

BHI yang berpangkalan di Amerika Syarikat merupakan sekutu Brigham Health Inc, yang terdiri daripada Brigham and Women's Hospital, Brigham and Women's Faulkner Hospital, Brigham and Women’s Physicians Organisation, serta program dan kemudahan berkaitan.

DFCI, institusi pendidikan sekutu Sekolah Perubatan Harvard merupakan satu daripada pusat penyelidikan dan rawatan kanser yang utama di dunia.

Dalam pengumuman berasingan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif  TMGL, Roy Quek berkata cadangan kerjasama itu dijangka tidak akan memberikan sebarang kesan material terhadap aset ketara bersih sesaham dan pendapatan sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018