Tamatkan jurang perbezaan penjagaan kesihatan kepada kurang upaya intelektual

Oleh Vikneswaran Raman

ABU DHABI, 13 Mac (Bernama) -- Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kurang upaya intelektual (ID) dari 20 negara membangun termasuk Malaysia kini boleh mengharapkan untuk menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih berkualiti dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Ia susulan ikrar daripada lebih 100 pemimpin kesihatan dunia pada Forum Kesihatan Inklusif Global di sini, untuk memastikan 10,000 pekerja kesihatan komuniti, dengan 500 di setiap negara tersebut, memiliki latihan secukupnya serta berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap diperlukan bagi merawat mereka mengalami ID.

Forum diadakan bersempena dengan Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia (SOWG) 2019 di sini, bermula esok hingga 21 Mac itu, juga menegaskan bahawa ID lebih kerap wujud di negara berpendapatan rendah dan sederhana - 16.41 bagi setiap 1,000 individu.

Pengerusi Olimpik Khas Antarabangsa, Dr Timothy Shriver berkata komitmen dibuat pada forum itu akan membuatkan jurang perbezaan kesihatan sebagai sejarah dan kesihatan inklusif menjadi realiti kepada kira-kira 200 juta individu yang mengalami ID di seluruh dunia.

Dalam hal itu, pemimpin termasuk wakil daripada Olimpik Khas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yayasan Golisano, Persekutuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah dan Lions Clubs International, juga membincangkan strategi dan amalan yang baik untuk digunakan.

“Individu mengalami ID mempunyai hak bagi mendapatkan penjagaan kesihatan berkualiti dalam komuniti dan negara mereka, dan Forum Kesihatan Inklusif Global ini bagi mengangkat suara golongan itu kepada mereka yang mempunyai kuasa,” katanya pada Selasa.

Selain Malaysia, negara lain dalam senarai adalah Ghana, Kenya, Nigeria, Senegal, Uganda, Bangladesh, India, Mongolia, Nepal, Pakistan, Vietnam, Jordan, Moldova,  Republik Dominika, Guatemala, Jamaica, Ecuador, Paraguay dan Peru.

Sementara itu, Duta Khas kepada Setiausaha Agung PBB mengenai Hilang Upaya dan Kebolehcapaian, Maria Soledad Cisternas Reyes menyambut baik usaha itu kerana kanak-kanak dan remaja kurang upaya, terutamanya mempunyai ID, sering menjadi mangsa penyalahgunaan dan pelanggaran hak asasi manusia.

“Adalah perlu untuk meningkatkan kesedaran bagi memperbaiki keadaan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai ID. Kita percaya Olimpik Khas mempunyai komitmen tinggi bagi memperbaiki mereka mempunyai ID melalui amalan sukan.

“..dan kini, tumpuan juga terhadap pelaksanaan kesihatan yang betul,” katanya kepada Bernama selepas membentangkan 10 prinsip mengenai rawatan terbaik kepada individu mengalami ID pada forum tersebut.

Forum itu juga menyaksikan Olimpik Khas dan Yayasan Golisano memberi penghargaan kepada tujuh organisasi penjagaan kesihatan dan golongan profesional dengan Anugerah Kepimpinan Kesihatan Global Golisano dalam memperjuangkan usaha kesihatan di peringkat global.

 

Tujuh penerima berkenaan adalah:

  1. Lions Sight First Eye Hospital (Kenya)
  2. Dr Ashok Dhoble, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pergigian India (India) 
  3. Hospital Hua Dong (China)
  4. Kerjasama Doktor Gigi Belgium (Belgium)
  5. Dr Derisel Ferreira, Pengarah Wilayah Kesihatan Ketiga Kementerian Kesihatan Awam dan Kebajikan Masyarakat (Paraguay)
  6. Profesor Kamal Bani-Hani, Presiden Universiti Hashemite (Jordan)
  7. Dr Peter Seidenberg, doktor perubatan keluarga dan sukan di Kolej Perubatan Sukan Penn State (Amerika Syarikat).

 -- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018