Kurang 20 peratus pencarum Perkeso jalani saringan kesihatan



SEPANG, 14 Mac (Bernama) -- Hanya 545,812 daripada jumlah keseluruhan 3.4 juta pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang layak, telah menjalani saringan kesihatan secara percuma di bawah Program Saringan Kesihatan (HSP) sejak ia diperkenalkan pada 2013. 

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata jumlah itu yang meliputi kurang 20 peratus, menunjukkan kesedaran golongan pekerja dalam penjagaan kesihatan masih pada tahap yang rendah. 

"Pencarum yang layak untuk HSP adalah pekerja yang berumur 40 tahun ke atas. Menerusi HSP, kita mendapati sebanyak 69 peratus (daripada) mereka ini tidak pernah menjalani saringan kesihatan.

Analisis daripada mereka yang menjalani HSP pula menunjukkan 73 peratus pencarum memiliki masalah berat badan, diabetes (sembilan peratus), darah tinggi (27 peratus) dan tahap kolestrol tinggi sebanyak 62 peratus," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan HSP Tanpa Baucar Peringkat Kebangsaan dengan kerjasama Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd, Lim Sau Siong. 

Bimbang dengan situasi itu, Perkeso, kata Mohammed Azman, mengambil beberapa inisiatif dalam mempromosikan kesihatan pekerja antaranya dengan memperkenalkan HSP Tanpa Baucar pada September tahun lalu, iaitu penambahbaikan kepada program HSP sedia ada. 

Katanya melalui kaedah tanpa baucar berkenaan, pencarum tidak perlu lagi menunggu baucar fizikal daripada majikan atau Perkeso dan mereka boleh menjalani saringan kesihatan pada bila-bila masa. 

"Kaedah ini mengguna pakai perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menyampaikan nombor baucar HSP ke telefon mudah alih pencarum dan sehingga Februari lepas sebanyak 20,252 SMS telah dihantar kepada mereka yang layak," katanya.

Ia memberi kemudahan dan galakan kepada pencarumnya yang layak untuk membuat saringan kesihatan secara mudah di klinik panel terpilih seluruh negara, sekali gus memastikan pekerja memiliki kesihatan yang optimum, kata Mohammed Azman.  

Sebanyak 319,886 baucar HSP akan diagihkan kepada pencarum yang layak tahun ini. 

-- BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018