JOHOR BAHRU, 15 Mac (Bernama) -- Penutupan pusat rawatan awal mangsa pencemaran sisa kimia di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih dan Dewan Taman Mawar, Pasir Gudang, petang semalam, disebabkan keduanya berada di dalam zon merah pencemaran, iaitu dalam radius satu kilometer dari Sungai Kim Kim.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata berikutan itu, Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana, memutuskan kedua-duanya ditutup, kira-kira 6 petang semalam lalu digantikan dengan pembukaan pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Pasir Gudang.
“Stadium Tertutup Pasir Gudang terletak di zon hijau iaitu kawasan selamat dengan jaraknya lima kilometer dari kawasan tercemar dan dapat menampung ramai mangsa,” katanya kepada pemberita di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana, di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini, hari ini.
Sementara itu, Dr Sahruddin berkata sehingga semalam, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai terdapat pencemaran air yang tersebar sehingga ke Sungai Tiram dan dakwaan pencemaran merebak ke Pelabuhan Johor.
Beliau turut menegaskan, bagi memastikan keadaan terus terkawal, orang awam terutamanya penduduk diminta supaya tidak datang ke kawasan tercemar bagi menyaksikan kerja-kerja pembersihan kerana kawasan berkenaan terdedah kepada bahaya jika tidak memakai pakaian bersesuaian.
“Orang ramai juga dinasihati segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala loya, muntah, pedih mata, sakit dada dan sesak nafas di pusat rawatan awal, di klinik atau hospital berdekatan,” katanya.
Katanya, penting bagi orang awam terutama kanak-kanak dan warga emas untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa memakai penutup hidung dan mulut.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN