Premis, pengusaha makanan disyorkan tawar promosi jayakan kempen kurangkan gula

MUAR, 16 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada pengusaha kedai makan serta restoran bagi menawarkan promosi menarik untuk menjayakan Kempen Kurangkan Gula 2019.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan berkenaan dilakukan berikutan peratusan rakyat negara ini yang menghidap diabetis terus meningkat, di mana obesiti merupakan punca utama kepada penyakit tersebut.

Katanya, pengendali kedai makanan boleh memainkan peranan agar masalah kesihatan ini dapat dikawal, dengan memberikan potongan harga atau diskaun kepada pelanggan yang memesan minuman tanpa atau kurang gula.

“Sebagai langkah permulaan bagi Kempen Kurangkan Gula Tahun 2019 Peringkat Kebangsaan, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh Utara, di Lebuhraya PLUS dipilih sebagai premis makanan pertama menjayakan promosi minuman tidak bergula.

Dan istimewanya pada hari ini sahaja, semua gerai minuman di sini menawarkan potongan sebanyak 50 peratus untuk pesanan tanpa gula iaitu separuh daripada harga asal,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Gula Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2019, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal.

Kata Dr Dzulkefly, pihaknya turut akan memperluaskan promosi seperti ini dan menggalakkan ke semua R&R di lebuh raya bagi merancakkan lagi kempen itu di peringkat kebangsaan.

Katanya, selepas ini pihaknya mengharapkan pengusaha makanan di seluruh negara akan memberikan diskaun sebanyak 10 sen bagi setiap pesanan minuman kurang atau tanpa gula.

“Potongan ini bukan hanya dilaksanakan di R&R di lebuh raya sahaja tetapi di seluruh kedai makan, termasuklah kedai makanan segera atau restoran yang terdapat di kompleks membeli-belah,” kata beliau.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2