Ramai penghidap kanser payudara rujuk pakar selepas gagal rawatan alternatif

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail

SUNGAI PETANI, 16 Mac (Bernama) -- Masih ramai penghidap kanser payudara memilih rawatan alternatif dan hanya datang ke hospital setelah penyakit itu berada pada tahap serius dan sukar dirawat, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Beliau berkata sebanyak 200 hingga 300 wanita di negeri ini dikesan menghidap kanser payudara bagi tempoh 2007 hingga 2011 dan jumlah itu sangat membimbangkan.

Beliau berkata lebih membimbangkan apabila masih ramai pesakit tidak melakukan rawatan susulan di hospital tetapi sebaliknya mendapatkan rawatan tradisional dengan bomoh, dukun atau beli ubat-ubatan luar sehingga mengalami komplikasi yang teruk akibat lewat mendapatkan rawatan pakar.

"Kita juga dapati 50 peratus pesakit yang dikesan menghidap kanser, sudah berada pada tahap tiga dan empat, menyebabkan tidak banyak rawatan boleh dilakukan," katanya kepada Bernama pada majlis perasmian Sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat negeri, di sini, hari ini.

Katanya, laporan Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit Negeri (NCD) yang dikeluarkan pada 2016 juga menunjukkan kanser payudara adalah penyebab utama kematian wanita di negeri ini berbanding kanser usus dan kanser paru-paru.

Selain itu, Dr Norhizan berkata menurut laporan itu juga, jumlah pesakit kanser usus turut meningkat sebanyak 30 peratus, manakala pesakit kanser paru-paru sebanyak 150 kes secara purata setahun.

"Saranan saya supaya segera melakukan saringan pengesanan yang disediakan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan jika terdapat perubahan dalam diri, ikut saranan pakar perubatan dan buang tanggapan kanser tidak boleh sembuh serta kuatkan semangat," katanya.

Sementara itu, pengasas sebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO), Cancer Survivor Malaysia (CSM),  Zuraini Kamal berkata, program kerjasama CSM dan Jjabatan kesihatan negeri berjaya menghimpunkan hampir 100 pesakit kanser dan waris hari ini.

"Kita juga menyampaikan sijil menunaikan umrah kepada tiga pesakit kanser serta menyumbangkan sebanyak 50 kotak makanan kepada yang lain sebagai tanda sokongan dan prihatin terhadap nasib yang dialami pesakit," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018