Polis tingkatkan rondaan di sekitar Pasir Gudang



JOHOR BAHARU, 17 Mac (Bernama) -- Polis menambah jumlah kekerapan rondaan bagi meningkatkan kawalan keselamatan terhadap rumah yang ditinggalkan oleh penduduk sekitar Pasir Gudang.

Ketua Polis Johor Baharu Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata walaupun polis menambah kekerapan kereta peronda, orang ramai diingatkan agar memaklumkan kepada balai polis berdekatan sebelum pulang ke kampung atau bercuti.

"Orang ramai boleh mengisi borang balik kampung di balai berdekatan atau membuat pendaftaran secara atas talian di Volunteer Smartphone Patrol (VSP)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Khalil turut menasihati orang ramai agar memeriksa suis utama utiliti ditutup dan rumah dikunci sebelum meninggalkan rumah.

"Saya juga nasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan barangan berharga di rumah sebaliknya membawanya bersama," katanya.

Beliau berkata sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan kejadian pecah rumah di kawasan Pasir Gudang.

Penduduk sekitar Pasir Gudang mengambil peluang cuti sekolah selepas arahan penutupan seluruh sekolah ekoran insiden pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Tinjauan Bernama beberapa rumah berkunci di sekitar Taman Pasir Putih, Kampung Bukit Pulai, Kota Masai dan beberapa kawasan berdekatan Sungai Kim Kim.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018