Proses pembersihan 1.5km Sungai Kim Kim selesaiĀ 



JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Proses pembersihan sepanjang 1.5 km Sungai Kim Kim yang dimulakan sejak Rabu lepas, ekoran pembuangan sisa kimia, sudah selesai hari ini.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin berkata bagaimanapun, pemantauan terus dilakukan hari ini bagi meneliti sebarang langkah yang boleh dilakukan.

"Sungai Kim Kim sejauh 1.5 km yang tercemar sudah dibersihkan tetapi hari ini kita mahu tengok apa-apa lagi yang kita boleh 'touch up'.

"Hari ini, kita boleh kata ia adalah hari pemantauan. Selepas pantau, barulah kita boleh tengok apa langkah seterusnya yang boleh dibuat," katanya kepada pemberita di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana yang dibuka di Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Menara Aqabah, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh.

Yeo berkata dalam masa sama, seramai 30 pasukan melibatkan anggota JAS dan Jabatan Kimia digerakkan ke 30 sekolah di sekitar kawasan terjejas, hari ini, bagi memantau kualiti udara dengan menggunakan alat pengesan gas.

Beliau berkata kesemua 30 sekolah itu jaraknya tiga hingga sembilan kilometer dari Sungai Kim Kim. "Sebelum ini kita sudah buat (memantau kualiti udara) di tempat berbeza-beza...dan didapati kualiti adalah tahap selamat.

"Tetapi, liputan kita hari ini akan menjadi besar kerana pembersihan sungai sudah pun siap," katanya dengan menambah hasil laporan penuh kualiti udara tersebut akan didedahkan esok.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018