Gas hidrogen sianida tidak seteruk sianida



JOHOR BAHRU, 17 Mac (Bernama) -- Gas hidrogen sianida yang dikesan dari pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim adalah sianida yang terhasil akibat tindak balas bahan pembuangan itu dan kesannya tidak seteruk sianida asli, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Datuk Yahaya Madis.

Justeru itu, beliau berharap agar orang ramai tidak bimbang memandangkan kesan akibat terdedah tidak seteruk dengan pendedahan terhadap gas sianida asli.

“Sianida ini ada dua. Satu ialah sianida asli yang dijadikan senjata kimia dan itu memang berbahaya. 

“Hidrogen sianida ini (sianida dari pencemaran Sungai Kim Kim) pun berbahaya tetapi ia adalah hasil tindak balas bahan-bahan buangan. Kadar bacaannya pula tidak berbahaya sangat. Jadi, saya harap perkara ini dapat diperbetulkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan orang ramai terhadap pengesanan gas hidrogen sianida dalam bahan sisa kimia yang dibuang ke Sungai Kim Kim pada minggu lepas.

Yahaya ditemui pemberita selepas menunjukkan kawasan proses penyahcemaran  yang harus dilalui oleh pesakit sebelum mendapatkan rawatan di Medic Base, Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, hari ini.

Berhubung proses penyahcemaran itu, beliau berkata ia adalah langkah yang harus dilalui setiap mangsa yang mempunyai “simptom Kim Kim”, sebelum diberikan rawatan oleh petugas kesihatan.

“Proses penyahcemaran menggunakan ‘Hazmat Shower” ini melibatkan seramai 22 pegawai dan anggota JBPM bersama unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Ia adalah untuk memastikan keselamatan para petugas kerana apabila ramai yang mangsa datang mendapatkan rawatan, benda turut memberi kesan kepada pegawai perubatan.

“Jadi, mereka (mangsa) perlu dinyahcemarkan dahulu sebelum masuk ke tempat rawatan,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018