KUALA TERENGGANU, 17 Mac (Bernama) -- Seramai 29 penduduk yang tinggal di Pasir Gudang, Johor, mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, antaranya sejak Khamis lepas, setelah mengalami pelbagai simptom akibat pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim.
Semasa beberapa keluarga meninggalkan kediaman di Pasir Gudang semata-mata untuk menjauhi kawasan berkenaan buat sementara waktu, dan ada juga yang pulang ‘bercuti’ ke kampung halaman di Terengganu untuk memastikan persekitaran yang lebih selamat buat keluarga, namun ada juga antara mereka yang tidak ‘terlepas’.
Mereka yang mengalami pelbagai simptom seperti batuk, muntah, pening kepala dan demam, segera mendapatkan rawatan di hospital daerah berdekatan sebelum dirujuk ke HSNZ untuk pemeriksaan lanjut.
Seorang jurukimpal, Azwan Che Baharudin, 37, berkata tiga anaknya iaitu Nur Anis Najihah, 10; Muhammad Ikwan Danial, 7; dan Muhammad Darwisy Najmi, 4, dimasukkan ke HSNZ sejak awal pagi tadi selepas mengalami muntah-muntah dan demam.
"Selepas insiden pencemaran tu, kami suami isteri dan lima anak balik ke Setiu pada Jumaat untuk berehat di kampung kerana rumah kami di Taman Cermai, Kota Masai terletak cuma 200 meter dari lokasi kejadian pencemaran itu.
"Anak keempat saya mula demam sejak di rumah (Pasir Gudang) lagi manakala dua yang lain mula muntah-muntah sejak semalam dan saya bawa ke Hospital Setiu sebelum dirujuk ke HNSZ,” katanya yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di Kompleks Rawatan Harian hospital itu petang tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak; Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh dan Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus.
Tambah Azwan, anaknya Muhammad Ikwan dimasukkan ke HSNZ pada pukul 2.00 pagi tadi disusuli Muhammad Darwisy dan Nur Anis Najihah yang ditahan pada pukul 1.00 tengahari tadi kerana menunjukkan simptom sama.
Bagaimanapun, katanya kesemua mereka dilaporkan stabil walaupun masih lemah.
Dalam pada itu, Zuraida turut memuji tindakan pantas ibu bapa yang segera membawa anak mereka mendapatkan rawatan setelah dikesan mengalami simptom sama akibat pencemaran itu dan berharap ibu bapa lain juga bertindak demikian.
"Saya ucapkan syabas kepada ibu bapa kerana bertindak awal ke hospital dan syabas kepada doktor yang dapat memberi rawatan segera kepada mereka. Alhamdulillah daripada 29 yang datang menerima rawatan, hanya enam sahaja pesakit masih berada dalam wad hari ini," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN