119 pesakit dibenarkan pulang setelah dapat rawatan di HSA, HSI

Dr Sahruddin Jamal

JOHOR BAHRU, 18 Mac (Bernama) -- Seramai 119 orang telah dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) setakat 12 tengah malam tadi, ekoran pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, 12 hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal berkata mereka yang masih menerima rawatan di wad hospital seramai 29 pesakit berbanding 120 pesakit yang dilaporkan semalam. 

Beliau berkata empat pesakit masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding tujuh  pesakit sebelum ini, dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Dr Sahruddin dalam satu kenyataan di sini hari ini, kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dengan sepanjang 1.5 kilometer kawasan yang terjejas dengan pencemaran bahan kimia di sungai berkenaan sudah dibersihkan.

Beliau berkata sebanyak 30 pasukan di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan digerakkan bagi memantau kualiti udara di 42 buah sekolah dalam radius lingkungan lima hingga sembilan kilometer dari tempat kejadian di sekitar Pasir Gudang.

“Pasukan tersebut terdiri daripada anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia yang melakukan pemantauan secara menyeluruh sebaik operasi pembersihan selesai, dan keputusan hasil pemantauan itu akan dikongsi hari ini,” kata Dr Sahruddin.

Sementara itu, pengesan gas akan digunakan oleh pasukan pemantau bagi mengesan serta memantau kualiti udara dalam memastikan udara di kawasan yang terlibat benar-benar berada dalam keadaan selamat.

“Lima parameter gas yang akan diperiksa adalah oksigen, karbon monoksida, Low Exposure Limit (LEL) Volatile Organic Compound (VOC) dan Hidrogen Sulfida (H2S),” kata beliau.

Sementara itu, hasil siasatan Jabatan Veterinar terhadap kajian pencemaran haiwan ternakan di lokasi Sungai Kim Kim pada 10 pagi semalam mendapati tiada kawasan ternakan terjejas.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1