Rompin catatkan bacaan IPU kurang sihat



KUANTAN, 18 Mac (Bernama) -- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Rompin mencatatkan bacaan kurang sihat apabila merekodkan IPU 176 sehingga pukul 6 petang tadi.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang Norshani Yati Shukri tidak menolak kemungkinan keadaan itu berlaku, ekoran kebakaran hutan di beberapa kawasan di daerah ini, berpunca daripada cuaca panas berterusan sehingga menyumbang kepada peningkataan bacaan IPU.

Katanya, satu pasukan pemantau dihantar ke kawasan berkenaan, bagi mengenal pasti punca sebenar bacaan IPU meningkat sehingga ke paras tidak sihat.

“Bagaimanapun secara keseluruhan keadaan IPU di seluruh negeri ini masih berada dalam keadaan terkawal berdasarkan bacaan di empat lagi stesen kaji cuaca di negeri ini.

“Empat stesen lagi menujukkan bacaan pada paras sederhana (50-100) iaitu stesen di Indera Mahkota (IPU 58) dan Balok Baru, Kuantan (IPU 82), Jerantut (IPU 62) dan Temerloh (IPU 73),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu juga beliau menasihati orang ramai supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada peningkatan IPU, kerana ia boleh menjejaskan kesihatan terutama golongan warga emas dan kanak-kanak.

Mengikut rekod, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menerima 680 kes kebakaran terbuka sejak awal Febuari sehingga semalam, menyebabkan jabatan itu mengaktifkan Bilik Gerakan Operasi Jerebu sejak semalam

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2