Pencemaran: Tiada kes baharu dirujuk ke hospital

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor Dr Sahruddin Jamal

JOHOR BAHRU, 19 Mac (Bernama) -- Tiada kes baharu yang dirujuk ke hospital berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal.

"Jumlah pesakit yang telah dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) seramai tujuh orang.

"Hanya tinggal seorang pesakit yang masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding dua pesakit sebelum ini dan dalam keadaan stabil," kata beliau dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Sahruddin berkata sejak 17 Mac hingga 12 tengah hari tadi, 44 pesakit masih dirawat di hospital.           Secara keseluruhan, kualiti udara di persekitaran Sungai Kim Kim kini stabil namun pemantauan akan tetap diteruskan sehingga 2 April nanti dan data akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Dr Sahruddin berkata pasukan pemantau terdiri daripada anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia Malaysia melakukan ujian tanah dalaman terhadap sampel yang dikumpul pada setiap hari selepas kerja pembersihan.

Pasukan penilai pula ditubuhkan bagi membuat pemantauan di kawasan yang terjejas, membabitkan Jabatan Kimia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan Malaysia & Jabatan Meteorologi, katanya lagi.

Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai  supaya tidak terpengaruh dengan sebaran maklumat yang belum sahih melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1