Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri Johor Dr Sahruddin Jamal
JOHOR BAHRU, 20 Mac (Bernama) -- Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana yang dibuka di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di Menara Aqabah, berhubung kejadian pencemaran sisa kimia, akan ditutup secara rasmi 12 tengah hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata turut ditutup pada 12 tengah hari ini adalah Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang.
"Secara keseluruhannya, kualiti udara di persekitaran Sungai Kim Kim sudah kembali pulih.
"Jumlah pesakit telah berkurangan dan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru malam tadi, kami mengambil keputusan dengan perkembangan positif tersebut bahawa jawatankuasa memutuskan Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dan Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang ditutup secara rasmi 12 tengah hari ini," katanya kepada pemberita di pusat gerakan berkenaan hari ini.
Dr Sahrudin berkata walaupun ditutup, kerja-kerja pemantauan oleh agensi-agensi yang terlibat berhubung pencemaran berkenaan akan diteruskan mengikut keperluan masing-masing.
Beliau berkata orang awam yang mengalami simptom seperti pedih mata, loya, muntah, sesak dada, sesak nafas dan pening pula boleh mendapatkan rawatan di hospital atau klinik-klinik kesihatan yang berhampiran.
"Sehubungan penutupan berkenaan, kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan persekutuan, pasukan keselamatan, anggota kesihatan, institusi pendidikan, pihak swasta, badan bukan kerajaan, sukarelawan, para pengamal media, individu perseorangan dan pelbagai pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam kerja-kerja pengurusan bencana ini," katanya.
Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana itu mula dibuka pada 12 Mac lepas manakala Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang, dibuka sejak 14 Mac.
Sementara itu, Dr Sahruddin, berkata sejak 17 Mac hingga 12 tengah malam tadi, seramai 44 pesakit masih dirawat di hospital, berhubung pencemaran terbabit.
"Sehingga 12 malam tadi, seramai 40 pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), dibenarkan pulang setelah rawatan.
"Terdapat lapan pesakit baharu turut dirujuk ke hospital setakat tempoh sama manakala dua pesakit masih di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun, stabil," katanya.
Berkenaan tiga lokasi baru yang didakwa menjadi tempat pembuangan sisa bahan kimia, beliau telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran menyiasat lebih lanjut untuk sebarang tindakan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN