Kesedaran rakyat Malaysia terhadap penyakit pergigian masih rendah

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kiri) melancarkan sambutan Hari Pergigian Kesihatan Sedunia 2019 di Kementerian Kesihatan hari ini.

PUTRAJAYA 20 Mac (Bernama) -- Kesedaran rakyat Malaysia terhadap penyakit pergigian masih rendah di mana hanya 27.4 peratus orang dewasa mendapatkan pemeriksaan pergigian dalam tempoh satu tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata kajian mendapati  42 peratus orang dewasa pula berjumpa dengan doktor gigi dalam tempoh dua tahun.

Katanya peratusan rendah tersebut kebanyakannya disebabkan oleh persepsi orang ramai bahawa mereka tidak mempunyai masalah mulut iaitu merangkumi 68 peratus daripada hasil kajian.

"Mereka lihat persoalan keterampilan gigi ini lebih daripada sudut estetik. Mereka tertarik hanya kepada pemutihan serta kecantikan gigi.

"Ramai orang tidak berminat dengan nilai-nilai estetik dan akhirnya ia ditinggalkan begitu sahaja. Ini dari paradigma umum bahawa gigi dikaitkan dengan kecantikan bukan penyakit seperti penyakit tidak berjangkit utama (NCD). Ini sangat mengecewakan," katanya ketika melancarkan Sambutan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia 2019 di sini hari ini

Dzulkefly berkata penyakit pergigian tidak boleh dilihat sebagai penyakit yang terasing dalam rongga mulut sahaja. 

Katanya terdapat banyak penyakit yang serius seperti penyakit kanser mulut dan penyakit jangkitan kuman berpunca dari gigi yang sangat berbahaya dan memerlukan rawatan rapi di hospital. 

Mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahawa 25 hingga 30 peratus penjawat awam mengalami tekanan emosi dengan sebahagiannya mempunyai kad rawatan psikiatri, Dzulkefly berkata stigma terhadap pemegang kad berkenaan perlu diubah.

"Maksudnya, apabila seseorang menjalani rawatan kemurungan, kerisauan melampau dan stres mereka tergolong dalam kategori pesakit.

“Dan perkara itu tidak perlu dijadikan stigma. Kalau ada pesakit berjumpa psikatrik, dalam kepala umum adalah mereka gila. Ini adalah sangat negatif,” katanya. 

Dzulkefly berkata menangani kesihatan mental merupakan agenda utama kementerian melalui pendekatan bertanggungjawab serta berkesan dengan menggunakan fasiliti sedia ada. 

“Perkara pertama perlu ditangani dalam hal ini adalah stigma. Satu dari tiga orang di negara ini menghadapi salah satu daripada penyakit kemurungan, kerisauan melampau dan stres,” katanya. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018