Dua kementerian bincang kerjasama urus hospital pengajar universiti awam

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dua hala bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam pengurusan hospital pengajar universiti (HPU) awam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan berkata pelbagai perkara penting melibatkan bidang tugas kedua-dua kementerian itu turut dibincangkan hari ini.

Beliau berkata perbincangan itu dapat mengukuhkan kesepakatan antara dua kementerian dalam pembangunan insan.

“Ada beberapa perkara penting lain yang turut dibincangkan dan akan diumumkan kelak.

Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2