KKM peruntuk RM1,190 juta bagi projek bina, sambungan hospital dan klinik di Negeri Sembilan - Lee



REMBAU, 21 Mac (Bernama) -- Negeri Sembilan melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKNNS) telah diperuntukkan sejumlah RM1,190 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), Rolling Plan ke-3 bagi projek-projek pembinaan dan sambungan hospital dan klinik di negeri ini.

Beliau berkata ia akan dinilai oleh bahagian penilaian dalam KKM untuk memastikan permohonan yang dimohon itu adalah mengikut syarat yang ditetapkan bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988 (Akta 586).

“Sekiranya memenuhi syarat, kami tak ada masalah untuk meluluskannya kerana syarat-syarat yang ditetapkan itu adalah untuk menjaga kepentingan dan keselamatan pesakit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Pejabat Kesihatan Daerah Rembau di sini, hari ini.

Turut hadir,  Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Alam Sekitar Komunikasi dan Kepenggunaan Negeri S. Veerapan dan Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zainudin Mohd Ali.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan mengenai status permohonan MMC untuk mendapat lesen baharu bagi memulakan operasi pusat perubatan berkenaan.

Pada 15 Jan lepas, KKM  membatalkan lesen MMC selepas didapati melanggar ketetapan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

Pusat perubatan itu kemudian diarahkan menutup pengoperasiannya oleh KKM pada 14 Feb lepas selepas mendapati ia gagal mematuhi keperluan perundangan bagi memastikan premis tersebut mempunyai lesen untuk beroperasi.

Isu pelesenan yang dihadapi MMC adalah berikutan peletakan jawatan semua pengamal perubatan pakar kecuali seorang pakar nefrologi yang berkhidmat di premis tersebut pada 5 Nov tahun lepas. 

Semalam, MMC didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengendalikan sebuah hospital swasta tanpa lesen.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2