Penguatkuasaan Akta Profesion Kesihatan Bersekutu tingkat status juru fisioterapi - Dzulkefly

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (empat,kanan) ketika melawat ke tapak pameran selepas merasmikan Persidangan Nasional Persatuan Fisioterapi Malaysia ke-56 Tahun hari ini.Turut serta Presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia, Yew Su Fen (dua,kanan)

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 yang akan dikuatkuasakan hujung tahun ini, dapat meningkatkan status profesional pengamal fisioterapi di negara ini,  kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata akta yang kini dalam proses akhir itu akan dapat meningkatkan kerjaya itu setanding dengan pengamal perkhidmatan perubatan lain di negara ini.

“Sebaik dikuatkuasakan, kita akan menetapkan satu senarai berdaftar pengamal fisioterapi profesional dan hanya mereka yang berijazah sahaja yang layak berdaftar.

“Dan mereka akan tertakluk kepada  semua undang-undang kecil  yang ada di dalam Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Persidangan Kebangsaan Fisioterapi Malaysia 2019 bersempena Mesyurat Agung ke-56 Persatuan Fisioterapi Malaysia (MPA) di sini.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Che Ruhani Che Ja’afar dan Presiden MPA Yew Su Fen.

Akta tersebut antara lain membolehkan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang beramal dan orang yang menjalankan aktiviti berkaitan serta mengawal selia amalan Profesion Kesihatan Bersekutu.

“Selari dengan itu, KKM menggalakkan juruterapi berdiploma untuk mendapatkan ijazah. Selain memberi laluan mendapatkan ijazah hanya dalam tempoh dua tahun bagi yang berpengalaman,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly sehingga kini terdapat kira-kira 3,000 juru fisioterapi di negara ini iaitu 1,500 di bawah KKM dan 1,400 juru fisioterapi swasta dengan nisbah satu juru fisioterapi bagi setiap 10,000 rakyat (1:10,000).

Beliau berkata, dengan adanya akta itu, KKM menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat memilih bidang fisioterapi sebagai kerjaya dan dapat mengurangkan nisbah itu kepada 1 juruterapi bagi setiap 5,000 orang (1:5,000).

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2