Sistem rekod perubatan elektronik akan diperluas dalam tempoh tiga tahun

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan merancang memperluaskan pelaksanaan Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) secara strategik di hospital dan klinik di seluruh negara secara berfasa dalam tempoh tiga tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 25 peratus daripada 145 hospital di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara telah menggunakan sistem Teknologi Maklumat (IT) bagi tujuan perawatan pesakit termasuk EMR.

“Sejajar dengan perkembangan dalam sektor teknologi perubatan, kementerian sedang melaksanakan kaedah rekod maklumat pesakit secara digital atau elektronik di beberapa hospital dan klinik kesihatan kementerian…pihak kerajaan selangkah maju bergerak seiring teknologi perubatan negara-negara jiran dan serantau.

“Dengan adanya EMR, ia akan mempermudahkan proses perkongsian dan pemindahan maklumat pesakit… informasi tidak terputus dan bergerak bersama pesakit walau pesakit dirawat di mana-mana klinik atau hospital kami,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) yang bertanya adakah kementerian merancang menggunakan kaedah rekod maklumat pesakit secara digital atau elektronik seperti di negara jiran iaitu Singapura dan Thailand, bagi memudahkan rakyat menerima perkhidmatan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan dalam negara.

Dzulkefly berkata kertas kerja mengenai perlaksanaan perluasan EMR itu telah lengkap dan bakal dibentang dalam masa terdekat.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2